Sunday, February 18, 2007

Karnival Ponggal Dangi



Sebuah Karnival Ponggal telah diadakan di Pekan Dangi ; Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah turut mengambil bahagian dalam Karnival Ponggal tersebut dengan menyumbangkan beberapa hamper untuk masyarakat miskin dalam majlis anjuran Persatuan Bell Belia Tamil Dangi.

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India juga turut menjadi AJK penyelenggara Karnival Ponggal ini yang dirasmikan oleh YB Dato Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah. Beliau juga melawat beberapa keluarga miskin di Pekan Dangi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga tersebut.

Karnival ini turut dihadiri oleh YB En.Murali, Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan serta AJK beliau.

Beberapa pertandingan tradisional diadakan sempena sambutan Hari Ponggal ini, termasuk menganyam daun kelapa serta memecah belangga berhadiah.

Karnival Ponggal ini secara rasmi di tutup oleh YB Dato' Roslan Bin Yusof, ADUN Johol , serta diadakan majlis makan bersama warga penduduk Pekan Dangi.





Monday, February 12, 2007

Bengkel Tunas Harapan

Bengkel Tunas Harapan

Sebuah bengkel untuk pelajar pelajar tingkatan 4 serta tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah dengan berkerjasama dengan MIC Cawangan Ampang Tinggi. Bengkel ini dihadiri oleh hampir 108 murid dari Juasseh, Kuala Pilah, Senaling , Selaru , dangi serta Palong. Antara yang hadir untuk memberi ceramah adalah wakil pihak Balai Polis Kuala Pilah.

Review : Sumbangan Deepavali

Sumbangan Deepavali


Sempena Deepavali 2006, YB Dato' Hj Hassan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah bersama YB Dato' Norhayati Binti Omar melalui pertubuhan MAYANG menyampaikan sumbangan kepada beberapa warga masyarakat India yang memelukan bantuan, Sumbanga tersebut disampai sendiri oleh Pengerusi MAYANG, YB Dato' Hj Hasan Bin Malek. bagi pihak warga masyarakat India , Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Kaum India mengucapkan terima kasih kepada MAYANG.

Pendaftaran Undi




Pendaftaran Undi

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah, berkerjasama dengan SPR untuk mangadakan pendaftaran pengundi di beberapa tempat di Kuala Pilah, antaranya adalah Juasseh, Selaru and Dangi . Selain dari itu, pendaftaran kebajikan juga diadakan pada kawasan kawasan tersebut.

Sumbangan Amal Selaru

Sumbangan Amal Selaru
Pada awal tahun, Brigade Pemuda MIC Cawangan Selaru mengadakan Program Pemberian Uniform Sekolah kepada beberapa orang pelajar miskin di Selaru. Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India, turut menyumbangkan beberapa hamper untuk program tersebut.

YB Dato' Hj Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah
YB Dato Norhayati Binti Omar , ADUN Pilah
YB Dato Roslan Bin Yusof , Adun Johol
hadir pada program ini.


Sumbangan Amal

Sumbangan Amal Kebakaran Pekan Dangi
Sumbangan Amal yang dikutip dari pemimpin masyarakat serta warga masyarakat umum disampaikan kepada Ketua Kampung Pekan Dangi, En.Lim Baba. Sumbangan terbesar dari YB Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim , Menteri Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Malaysia.
Sumbangan disampaikan bersama Dato' T.Rajagopalu , Ketua perhubungan MIC Negeri Sembilan.
Pada kesempatan ini juga, beberapa NGO lain turut menyampaikan sumbangan mereka; Persatuan Sivik Kuala Pilah, Persatuan Kabbadi serta Brigade Pemuda MIC Cawangan Selaru.
Sumbangan juga turut disampaikan oleh MIC Bahagian Kuala Pilah.



Saturday, February 10, 2007

Pertandingan Tradisonal India


Sempena Hari Wanita Parlimen Kuala Pilah, diadakan juga Pertandingan Kebudayaan seperti menghias vilakku serta kreatif koolam bagi warga masyarakat kaum India Kuala Pilah. Tujuan pertandingan ini adalah untuk membentuk budaya cinta akan tradisi warisan serta memperkenalkan kebudayaan India kepada masyarakat Malaysia yang lain.
Pertandingan ini dirasmikan oleh YB Dato' Norhayati Binti Omar, ADUN Pilah, turut dimeriahkan oleh kehadiran orang.

Hari Wanita Parlimen Kuala Pilah









Sempena sambutan Hari Wanita, Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah berkerjasama dengan Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Kuala Pilah untuk menganjurkan seminar tentang : -
-Hak sebagai seorang wanita
-Hukum hukum kerajaan yang melindungi wanita

-Keganasan rumahtangga serta cara untuk menanganinya

Seminar ini dirasmikan oleh YB Dato' Norhayati Binti Omar, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan. Program ini dihadiri hampir 110 orang warga India dari kawasan Kuala Pilah,turut dimeriahkan oleh wakil dari Pejabat Polis Kuala Pilah, Yayasan Strategik Sosial serta wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Deepavali Dinner

Deepavali Dinner
Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah



Sempena Sambutan Deepavali , telah diadakan sebuat majlis makan malam bersama pemimpin masyarakat di Dewan Majlis Bandaran di Kuala Pilah. Pada majlis itu telah dihadiri oleh

YB Dato' Hj Ismail bin Lasim , Ketua Barisan Nasional K.Pilah
YB Dato' Norhayati Binti Omar , ADUN Pilah
YB Dato' Roslan bin Yusof , ADUN Johol
YB Tuan Radzi bin Kail , ADUN Juasseh

turut dimeriahkan oleh kehadiran 300 orang masyarakat ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.

Welcome


Selamat Datang

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah


Sejak ditubuhkan secara rasmi pada October 2006 , Persatuan ini telah pun menjadi salah satu icon penting bagi masyarakat India di Kuala Pilah.

Tujuan penubuhan Persatuan ini adalah untuk membantu penduduk kaum India kawasan Kuala Pilah bagi mengatasi masalah masalah yang dihadapi oleh warga masyarakat kaum India dalam kehidupan bermasyarakat dengan memupuk semangat setia kawan serta semangat kerjasama antara kaum, berlandaskan Rukun Negara.

Persatuan yang dianggotai oleh penduduk kaum India Kuala Pilah yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kepercayaan , menjadikan Persatuan ini teguh serta peka terhadap masalah masalah yang dihadapi oleh penduduk kaum India di kawasan Kuala Pilah, kini dengan ahli lebih kurang 550 orang dimana 450 orang adalah pengundi tetap di kawasan mereka di Kuala Pilah, Senaling, Selaru, Dangi dan Juasseh, Persatuan ini bertambah teguh dan berpadu di jiwa masyarakat kaum India Kuala Pilah.

Kami berharap dengan bantuan dan sokongan dari semua pihak agar ikatan silaturahmi bertambah teguh dan sekaligus menjadi jambatan penghubung antara masyarakat penduduk kaum India Kuala Pilah dengan kaun lain di Malaysia.

Kami akhiri dengan ucapan terima kasih .