Monday, February 11, 2008


Salam Muhibbah ...
Selamat berjumpa kembali, Dr.S.Thinagaraj menjelang Pilihan Raya ke -12 telah dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting dalam Jentera Pilahan Raya Parlimen Kuala Pilah.


AJK JASA Parlimen Kuala Pilah ( Kaum India )
Biro Penerangan Barisan Nasional DUN Pilah
Biro Penerangan MIC DUN Pilah

Saturday, February 9, 2008

Rombongan Brigade Ke Pulau Pinang

Pada 6 Feb 2008, Dr.S.Thinagaraj mengetuai rombongan Brigade MIC ke Pulau Pinang , dengan jumlah peserta seramai 44 orang. Rombong in bertujuan memperkenalkan tempat tempat pelancongan kepada ahli ahli Brigade MIC Kuala Pilah, serta sebagai aktiviti reakreasi bagi mempereratkan hubungan sesama ahli.


Monday, February 4, 2008

Pesta Ponggal Briged Pemuda Pekan Dangi

Pada sambutan Pesta Ponggal di Pekan Dangi, Dr.S.Thinagaraj yang juga merupakan Setiausaha Briged Pemuda MIC Kuala Pilah menjadi pengacara majlis selama berlangsungnya Pesta Sambutan Ponggal.

Sambutan kali ini dihadiri oleh YB Dato' Hj Ismail bin Lasim, Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah merangkap ADUN Kawasan Senaling , YB Dato' Roslan Bin Yusof , ADUN kawasan Johol bersama YB En.Rajendran , Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan.

Pada sambutan ini, diadakan juga pendaftaran untuk masyarakat kurang mampu oleh Biro Kebajikan Pemuda MIC Negeri Sembilan.

Pesta Ponggal Sekolah Tamil Kuala Pilah

Dr.S.Thinagaraj Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah menjadi tetamu khas pada sambutan Pesta Ponggal Sekolah Tamil Kuala Pilah. sambutan kali ini disertai oleh hamrir 200 orang, termasuk Pelajar pelajar, guru guru , ibu bapa serta orang awam.