Sunday, December 28, 2008

My Open House

My Open House

Sambutan Deepavali Di Vilashini Homes

Sambutan Deepavali Di Vilashini Homes


Sambutan Deepavali Di Shemaria Homes

Sambutan Deepavali Di Shemaria Homes


Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Bersama Menteri Besar

Dr.Raj berserta AJK Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India
bersama Menteri Besar Negeri Sembilan
pada Rumah Terbuka Menteri Besar Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Dr.Raj mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Teruskan Semangat Perpaduan

Tuesday, September 9, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 51

SALAM KEMERDEKAAN
from Dr.S.Thinagaraj

Tuesday, August 26, 2008

Putera MIC Negeri Sembilan

Setelah beberapa bulan menghilang, kembali lagi saya ke alam blog, kini saya telah ditugaskan ke Seremban dan peluang untuk saya bertemu dan menghabiskan waktu dengan warga masyarakat Kuala Pilah menjadi makin jarang, tetapi ini adalah jalan yang saya pilih sebagai President persatuan ini.

Kini, lebih banyak waktu saya habiskan mencari calon calon pemimpin muda melalui Putera MIC, dan sehingga kini sudah 5 cawangan Putera MIC telah berhasih ditubuhkan dalam jangka waktu 2 bulan , dan kini kami menuju untuk pelancaran Putera MIC peringkat Negeri Sembilan.

Seiring dengan jalannya Putera MIC, telah menjadi petunjuk yang sangat ideal untuk bagi saya untuk membawa Persatuan ini menuju alaf yang lebih maju , dengan membawa kembali pengalaman pengalaman bersama Putera MIC ke peringkat NGO dan masyarakat umum.

Walaupun belum ada program besar yang kami laksanakan, namun usaha kami dalam membantu penduduk India dalam mendapatkan bantuan SOCSO dan bantuan kebajikan terus berlanjut , dimana baru baru ini dua orang penduduk India telah kami dapatkan bantuan kebajikan melalui MAYANG dibawah pimpinan Dato Hj Hasan Bin Malek , Ahli parlimen Kuala Pilah.

Tuesday, June 24, 2008

Pelancaran Putera MIC Seremban

Pada 20 hb Julai, Putera MIC Bahagian Seremban selah dilancarkan secara rasmi , dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pimpinan parti MIC , di rasmikan oleh Dato'T.Rajagopalu ,Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan ;

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah En.Kamalanathan, Pengerusi Putera MIC Malaysia, En Ganesan JP, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Seremban, En.Thiranauvukkarasu ,Timbalan Ketua Pemuda Negeri Sembilan serta Ketua Ketua Putera MIC dari bahagian bahagian lain.

Friday, May 23, 2008

Khemah Perubatan

KHEMAH PERUBATAN 2008

Pada 24 May 2008 , Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India bersama Persatuan Pekerja India Hospital Kuala Pilah dan PUTERA MIC Negeri Sembilan telah mengadakan sebuah khemah perubatan di Sialang Estate , Jeram Padang, Negeri Sembilan.

Dr.S.Thinagaraj , bersama Pakar Pembedahan Dr. Kalyani beserta kira kira 20 orang doktor dari Hospital Kuala Pilah, telah berjaya menganjurkan progam ini.
Program ini juga dilaksanakan dengan bantuan PUTERA MIC Negeri Sembilan yang turun lapangan dari rumah ke rumah untuk melakukan promosi serta mobilisasi pendudak ke tempat pelaksanaan program.


Kira kira 200 orang dewasa serta 100 orang kanak kanak ikut serta program ini , dimana telah diadakan pemeriksaan tekanan darah , kaki diabetik , mata , payudara, PAP Smear , gigi , serta derma darah. Ketua PIBG Sekolah Tamil Sialang Estate ,En.Krishnan bersama Pengerusi MIC Bahagian Kula Pilah En.B.Ramasamy turut hadir dalam program ini serta membantu dalam menjayakan program ini.

Pada program ini juga , kira kira 500 helai baju dan seluar diberikan secara percuma kepada penduduk yang hadir ke program ini.


Friday, May 2, 2008

Dr.S.Thinagaraj Ketua PUTERA MIC Negeri Sembilan


Pada 24 April 2008 ,
Dr.S.Thinagaraj telah dipilih untuk memimpin PUTERA MIC Negeri Sembilan.
Maju tak gentar ... Membela yang Benar !!!
Namun benarkah...?

Sunday, April 20, 2008

Foto Kenangan Pilihanraya

Ini merupakan salah satu foto Dr.S.Thinagaraj mengiringi YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah sempena gerak mesra anjuran MIC Ampang Tinggi, Kuala Pilah.

MIC Ampang Tinggi merupakan cawangan MIC yang paling aktif dalam pilihan raya kali ini , dibawah pimpinan :
Pn Mangalam M.A ( Eng ) - Pengerusi Cawangan , merangkap Timbalan MIC Bahagian Kuala Pilah.

Special Call - 20 April 2008

20 April 2008 ;
Hi Frens, u wont believe who called me today...if the voice that I heard is true, and if Im not in delirium state... its our Most Honourable Chairman Dato' Seri S.Samy Vellu. There are 1.8 million Indians in Malaysia, why he should call me? Lets makes it simple ... he cares for us . He cares for Indian Community . He cares for Indians in Kuala Pilah . Lets get unity and support our MIC, put our differences away , and make a better future for our next generation.

Pengiktirafan Sumbangan Kaum India


Dr.S.Thinagaraj Menjadi Saksi Pencalonan YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah
Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah; Dr.S.Thinagaraj diberi kepercayaan untuk menjadi saksi kepada pencalonan YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah. Hal ini merupakan suatu pengiktiran Barisan Nasional kepada Masyarakat Minoriti India di Kuala Pilah. Hal ini juga menjadi tradisi keluarga Dr.S.Thinagaraj ,dimana pada pilihraya yang sebelumnya Timbalan Pengerusi MIC Kuala Pilah Pn Mangalam M.A ( Eng ) yang juga merupakan ibu kepada Dr.S.Thinagaraj menjadi penyokong kepada pencalonan YB Dato' Norhayati Binti Omar pada pilihanraya 1999 serta 2004, untuk menjadi ADUN Pilah.

Tahun Baru Orissa di Ladang Kepis

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Tuan VS Mohan , ADUN Jeram Padang
Sempena Sambutan Tahun Baru Orissa 2008, Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah melalui Dr.S.Thinagaraj serta Briged MIC Kuala Pilah , menjadi penganjur bersama sambutan tahunan yang pertama kali diadakan di Ladang Kepis , program ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan VS Mohan , ADUN Jeram Padang, serta barisan AJK Briged MIC Kuala Pilah.

Barisan AJK Briged MIC Kuala Pilah bersama YB Tuan VS Mohan ADUN Jeram Padang

Pelancaran Putera MIC Kuala Pilah

Dr.S.Thinagaraj selaku setiausaha Briged MIC Kuala Pilah , menyampaikan ucapan khas sempena majlis sempena Majlis Pelancaran Puter MIC Kuala Pilah . Beliau dalam majlis tersebut menyeru semua pihak agar bersatu dalam membentuk semula MIC serta menyatakan sokongan penuh barisan Briged MIC Kuala Pilah kepada pimpinan Dato' T.Rajagopalu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan, serta berjanji untuk bekerjasama dengan Putera MIC serta MIC Bahagian bagi membantu masyarakat India di Kuala Pilah.

Malam Kemenangan


Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hj Ismail Bin Lasim
Dr.S.Thinagaraj bersama ahli ahli Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah menyambut kemenangan wakil wakil Barisan Nasional di Dewan Dato' Bahaman Kuala Pilah.

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan

Konsert Gemilang II


KONSERt GEMILANG II

Dr.S.Thinagaraj Menyampaikan Sokongan Kepada Kerajaan Barisan Nasional

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah melalui Dr.S.Thinagaraj , bersama Briged MIC Kuala Pilah serta Putera MIC Kuala Pilah mengadakan Konsert Gemilang II bagi tujuan memperkenalkan calon calon wakil Barisan Nasional kepada masyarakat India Kuala Pilah, dimana Konsert ini telah mendapat sokongan hangat dengan kehadiran hampir 800 orang warga masyarakat India,

Konsert di dimeriahkan oleh The Emergency

Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan pimpinan masyarakat Kuala Pilah ,yaitu ; Dato ' Hj Hasan Bin Malek , Ahli Parlimen Kuala Pilah , Dato' Hj Ismail Bin Lasim , ADUN Senaling , YB Tuan Razi Bin Kail , ADUN Juasseh serta YB Tuan Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah.

Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hj Ismail Bin Lasim

Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hasan Bin Malek


Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Tuan Adnan Abu Hassan

Ceramah Pilihan Raya

Ceramah Di Kuala Pilah , Bersama YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan

Sempena Pilihanraya 2008 , Dr.S.Thinagaraj telah dipilih untuk menjadi penceramah bagi Kaum India Parlimen Kuala Pilah . Selama 2 minggu, beliau telah menyampaikan ceramah pilihanraya di 3 DUN yaitu di DUN Kuala Pilah bersama YB Hj Tuan Adnan Abu Hassan, di DUN Senaling bersama YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim serta di DUN Johol bersama
YB Dato' Roslan Bin Yusof . Kira kira 500 orang telah menyertai ceramah beliau selama 2 minggu menjelang pilihanraya 2008 di kawasan Parliman Kuala Pilah.

Ceramah Di Pekan Selaru , Johol Bersama YB Dato' Roslan Bin Yusof

Ceramah Di Bukit Temensu Bersama YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim

Dr.S.Thinagaraj Memeriksa Kawasan Di Bukit Temensu
bersama YB Dato' Hj Ismail Lasim

Hari Pencalonan

Sempena Pilihan Raya 2008, Dr.S.Thinagaraj , yang juga merupakan setiausaha Pergerakan Briged MIC Kuala Pilah telah memimpin barisan muda MIC , bagi menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional dengan menyertai perarakan sempena pencalonan wakil rakyat di Pejabat Daerah Kuala Pilah. Perarakan ini disertai hampir 50 orang pemuda India dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Pilah.

Sukan Sekolah Tamil Kuala Pilah 2008













Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah, dibawah pimpinan Dr.S.Thinagaraj untuk kali yang ke-2 berturut turut menjadi penganjur bersama Sukan Tahunan Sekolah Tamil Kuala Pilah 2008.Pada kesempatan ini, Dr.S.Thinagaraj turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan tersebut.

Monday, February 11, 2008


Salam Muhibbah ...
Selamat berjumpa kembali, Dr.S.Thinagaraj menjelang Pilihan Raya ke -12 telah dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting dalam Jentera Pilahan Raya Parlimen Kuala Pilah.


AJK JASA Parlimen Kuala Pilah ( Kaum India )
Biro Penerangan Barisan Nasional DUN Pilah
Biro Penerangan MIC DUN Pilah

Saturday, February 9, 2008

Rombongan Brigade Ke Pulau Pinang

Pada 6 Feb 2008, Dr.S.Thinagaraj mengetuai rombongan Brigade MIC ke Pulau Pinang , dengan jumlah peserta seramai 44 orang. Rombong in bertujuan memperkenalkan tempat tempat pelancongan kepada ahli ahli Brigade MIC Kuala Pilah, serta sebagai aktiviti reakreasi bagi mempereratkan hubungan sesama ahli.


Monday, February 4, 2008

Pesta Ponggal Briged Pemuda Pekan Dangi

Pada sambutan Pesta Ponggal di Pekan Dangi, Dr.S.Thinagaraj yang juga merupakan Setiausaha Briged Pemuda MIC Kuala Pilah menjadi pengacara majlis selama berlangsungnya Pesta Sambutan Ponggal.

Sambutan kali ini dihadiri oleh YB Dato' Hj Ismail bin Lasim, Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah merangkap ADUN Kawasan Senaling , YB Dato' Roslan Bin Yusof , ADUN kawasan Johol bersama YB En.Rajendran , Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan.

Pada sambutan ini, diadakan juga pendaftaran untuk masyarakat kurang mampu oleh Biro Kebajikan Pemuda MIC Negeri Sembilan.

Pesta Ponggal Sekolah Tamil Kuala Pilah

Dr.S.Thinagaraj Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah menjadi tetamu khas pada sambutan Pesta Ponggal Sekolah Tamil Kuala Pilah. sambutan kali ini disertai oleh hamrir 200 orang, termasuk Pelajar pelajar, guru guru , ibu bapa serta orang awam.

Tuesday, January 1, 2008

Happy Ponggal 2008


Pada saat ini, saya masih berada di Jakarta dan akan kembali dengan membawa idea idea baru bagi membangun suatu bangsa masyarakat yang berjaya, sehingga berjumpa kembali...salam muhibah.
- Dr.S.Thinagaraj-

Program Kami Selanjutnya : Pesta Ponggal 2008


Selamat Tahun Baru 2008...