Wednesday, December 12, 2007

Majlis Penyampaian Peralatan Sekolah


Pada 16 Desember 2007 telah diadakan Majlis pemberian peralatan sekolah kepada 52 pelajar miskin Kawasan Kuala Pilah , di Balairaya Selaru. Pada majlis yang sama , Dr.S.Thinagaraj telah dianugerahkan dengan cenderahati sebagai Tokoh Muda Kuala Pilah oleh Brigade MIC Kuala Pilah, yang disampaikan oleh YB Dato' Roslan bin Yusof, ADUN Johol .
Majlis ini di rasmikan oleh YB Dato' Hasan Bin Malek , Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah, dan turut dihadiri oleh YB Dato' Norhayati Binti Omar , Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Pilah , YB Dato' Roslan Bin Yusof ADUN Johol serta YB R.Rajendren, Pengerusi Pergerakan Pemuda MIC Negeri Sembilan beserta AJK AJK tertinggi MIC Bahagian Kuala Pilah, Pengerusi Persatuan Sivik India Malaysia Cawangan Kuala Pilah, Puan P.Mangalam, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Kuala Pilah. Majlis ini dihadiri hampir 200 warga masyarakat umum dari seluruh kawasan Kuala Pilah.


Saturday, December 8, 2007

Majlis Pelancaran Briged MIC Kuala PIlah


Majlis Pelancaran Briged MIC Kuala Pilah telah dirasmikan oleh Dato'T.Rajagopalu, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, En.R.Rajendren. Dr.S.Thinagaraj, yang juga merupakan Setiausaha Briged MIC Kuala Pilah menyeru pada hadirin supaya menjaga keharmonian serta menjauhkan diri dari segala bentuk jenayah serta kekerasan, serta membentuk suatu budaya community leader dalam setiap jiwa ahli briged MIC yang hadir pada majlis tersebut.

Rumah Terbuka Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah


Rumah Terbuka Deepavali 2008, diadakan dikediaman Dr.S.Thinagaraj pada 10 hb 2008 dan telah dimeriahkan oleh kehadiran YB Dato' Norhayati Binti Omar , ADUN Pilah serta warga masyarakat dari pelbagai kaum di Kuala Pilah.

Sambutan Deepavali Bersama Shemariah Home


Sempena Sambutan Deepavali 2008, Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah bersama Putera MIC Kuala Pilah telah menganjurkan Program Sehari Bersama Shemariah Home, pusat jagaan kanak kanak di Kuala Pilah.

Wednesday, November 7, 2007

Selamat Deepavali


HAPPY DEEPAVALI
Rumah Terbuka Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah akan diadakan di kediaman Dr.S.Thinagaraj di No18 Taman Nesa Jaya, Jalan Melang 72000 Kuala Pilah. Semua di jemput hadir.
Tetamu undangan khas YB Dato' Norhayati Binti Omar , ADUN Kawasan Pilah

Saturday, October 20, 2007

Rumah Terbuka Pemimpin Masyarakat Kuala Pilah

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Dato Hj Ismail Bin Lasim
Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah


DrS.Thinagaraj Bersama YB Dato'Hj Hasan Bin Malek
Ahli Parlimen Kuala Pilah


Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2007,seraya memupuk semangat kebersamman Bagsa Malaysia Dr.S.Thinagaraj bersama ahli ahli Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah telah hadir ke rumah terbuka yang dianjurkan oleh YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim , Pengerusi Barisan Nasional Kuala Pilah ; serta oleh YB Dato Hj Hasan Bin Malek , Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Thursday, October 11, 2007

Berita Persatuan Di Tamil Nesan

Berita Persatuan Di Akhbar Tamil Nesan








Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Malaysia. Perpaduan Teras Pembangunan Kita.

Sunday, September 9, 2007

Konsert Gemilang

KONSERt GEMILANG
( Tamil Nesan Halaman 16 , Pada 26 September 2007 )

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Dato' Norhayati










Puncak sambutan Konsert Gemilang oleh Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah , bersama YB Dato' Norhayati Binti Omar, ADUN Kawasan Pilah bersama Dr.S.Thinagaraj dan tetamu jemputan menyanyikan lagu Keranamu Malaysia.
Konsert ini dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh salah satu kugiran yang terkenal di Malaysia - Emergency

Emergency - Kiri Kanan Song Di Konsert Gemilang


Friday, August 31, 2007

Ekspedisi Mencari Harta Karun Kuala Pilah

Ekspedisi Mencari Harta Karun Kuala Pilah
( Tamil Nesan Halaman 16 , Pada 3 Oktober 2007 )

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Dato'Norhayati Binti Omar

Pada 26 August 2007, Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah mengadakan sebuah aktiviti Expidisi Mencari Harta Karun Kuala Pilah sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang Ke-50.
Program ini di rasmikan oleh YB Dato'Norhayati Binti Omar, ADUN Pilah merangkap Pengerusi MPWK Negeri Sembilan.
Bermula jam 9.00 pagi, peserta Expedisi mulai membanjiri Pekan Kuala Pilah dalah usaha mencari Harta Karun yang tersembunyi,dan ini adalah pertama kalinya program seperti ini dilaksanakan di Kuala Pilah, serta mendapat sambutan yang hangat.
Dr.S.Thinagaraj presiden Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India yang ditemui selesai penyampaian hadiah, mengatakan beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh Puteri MIC Kuala Pilah, melalui Pn.Valli serta ingin menjadi program ini sebagai program tahunan di Kuala Pilah.







Wednesday, August 29, 2007

Lawatan Ke Langkawi


Pada Bulan Julai 2007 ,
Dr.S.Thinagaraj Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India menyertai ahli ahli Brigade MIC Kuala Pilah berserta AJK MIC Bahagian Kuala Pilah ke Langkawi. Program ini di sertai hampir 35 peserta dari Kawasan Kuala Pilah.

Kursus BTN




Dr S.Thinagaraj ; Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India mengikuti Kursus BTN serta Induksi Perkhidmatan Awam di Port Dickson.

Saturday, May 19, 2007

Piala Dato' Hj Ismail Bin Lasim 2007


PIALA DATO' HJ ISMAIL BIN LASIM
Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India mendapat kepercayaan YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim untuk mengadakan suatu pertandingan bola sepak terbuka, pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat meriah walaupun baru pertama kali diadakan di Kuala Pilah.Program ini dijalankan bersama Briged Pemuda MIC Kuala Pilah.

Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shamsuddin, wakil khas Dato' Hj Ismail Bin Lasim
Program ini disertai oleh pasukan pasukan bola sepak dari kawasan Kuala Pilah, Jempol , Seremban serta dari Segamat,yang terdiri dari pelbagai kaum. Majulah Sukan Untuk Negara...

Sambutan Tahun Baru India 2007

SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA 2007
KUALA PILAH


Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah bersama MIC Ampang Tinggi mengadakan Sambutan Tahun Baru India pada 21 April 2007, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang sambutan tersebut , dan buat pertama kalinya diadakan tayangan layar terbuka di Kuala Pilah. Sambutan ini dihadiri hampir 400 orang warga Masyarakat Kuala Pilah yang terdiri dari pelbagai kaum.
Program ini dirasmikan oleh
YB Dato Hj Ismail bin Lasim, Ketua Barisan Nasional Kuala Pilah,
turut hadir pada program ini
YB Dato Norhayati Binti Omar , ADUN Kawasan Pilah

Tuesday, March 13, 2007

Sukan Tahunan 2007 Sekolah Tamil Kuala Pilah


Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah menganjurkan Sukan Sekolah Jenis Rendah Tamil Kuala Pilah ke-18 , sukan ini untuk pertama kalinya dalam sejarah diadakan secara besar besaran dan mendapat sambutan yang sangat meriah dari murid murid , guru guru , ibu bapa serta penduduk tempatan Kuala Pilah.
Program ini dirasmikan oleh YB Dato' T.Rajagopalu, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan.
Turut hadir pada program ini adalah ketua ketua parti politik serta ketua ketua jabatan dari daerah Kuala Pilah.
Program ini secara rasmi ditutup oleh YB Dato' Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah, beliau juga menyumbangkan RM3000.00 untuk tabung pembangunan sekolah.

Hari Keluarga Persatuan 2007


Hari Keluarga Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah telah diadakan di Pantai Port Dickson,program ini dimeriahkan dengan beberapa pertandingan sukaneka.

Sunday, February 18, 2007

Karnival Ponggal Dangi



Sebuah Karnival Ponggal telah diadakan di Pekan Dangi ; Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah turut mengambil bahagian dalam Karnival Ponggal tersebut dengan menyumbangkan beberapa hamper untuk masyarakat miskin dalam majlis anjuran Persatuan Bell Belia Tamil Dangi.

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India juga turut menjadi AJK penyelenggara Karnival Ponggal ini yang dirasmikan oleh YB Dato Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah. Beliau juga melawat beberapa keluarga miskin di Pekan Dangi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga tersebut.

Karnival ini turut dihadiri oleh YB En.Murali, Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan serta AJK beliau.

Beberapa pertandingan tradisional diadakan sempena sambutan Hari Ponggal ini, termasuk menganyam daun kelapa serta memecah belangga berhadiah.

Karnival Ponggal ini secara rasmi di tutup oleh YB Dato' Roslan Bin Yusof, ADUN Johol , serta diadakan majlis makan bersama warga penduduk Pekan Dangi.





Monday, February 12, 2007

Bengkel Tunas Harapan

Bengkel Tunas Harapan

Sebuah bengkel untuk pelajar pelajar tingkatan 4 serta tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah dengan berkerjasama dengan MIC Cawangan Ampang Tinggi. Bengkel ini dihadiri oleh hampir 108 murid dari Juasseh, Kuala Pilah, Senaling , Selaru , dangi serta Palong. Antara yang hadir untuk memberi ceramah adalah wakil pihak Balai Polis Kuala Pilah.

Review : Sumbangan Deepavali

Sumbangan Deepavali


Sempena Deepavali 2006, YB Dato' Hj Hassan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah bersama YB Dato' Norhayati Binti Omar melalui pertubuhan MAYANG menyampaikan sumbangan kepada beberapa warga masyarakat India yang memelukan bantuan, Sumbanga tersebut disampai sendiri oleh Pengerusi MAYANG, YB Dato' Hj Hasan Bin Malek. bagi pihak warga masyarakat India , Persatuan Kebajikan dan Kemajuan Kaum India mengucapkan terima kasih kepada MAYANG.

Pendaftaran Undi




Pendaftaran Undi

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah, berkerjasama dengan SPR untuk mangadakan pendaftaran pengundi di beberapa tempat di Kuala Pilah, antaranya adalah Juasseh, Selaru and Dangi . Selain dari itu, pendaftaran kebajikan juga diadakan pada kawasan kawasan tersebut.

Sumbangan Amal Selaru

Sumbangan Amal Selaru
Pada awal tahun, Brigade Pemuda MIC Cawangan Selaru mengadakan Program Pemberian Uniform Sekolah kepada beberapa orang pelajar miskin di Selaru. Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India, turut menyumbangkan beberapa hamper untuk program tersebut.

YB Dato' Hj Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah
YB Dato Norhayati Binti Omar , ADUN Pilah
YB Dato Roslan Bin Yusof , Adun Johol
hadir pada program ini.


Sumbangan Amal

Sumbangan Amal Kebakaran Pekan Dangi
Sumbangan Amal yang dikutip dari pemimpin masyarakat serta warga masyarakat umum disampaikan kepada Ketua Kampung Pekan Dangi, En.Lim Baba. Sumbangan terbesar dari YB Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim , Menteri Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Malaysia.
Sumbangan disampaikan bersama Dato' T.Rajagopalu , Ketua perhubungan MIC Negeri Sembilan.
Pada kesempatan ini juga, beberapa NGO lain turut menyampaikan sumbangan mereka; Persatuan Sivik Kuala Pilah, Persatuan Kabbadi serta Brigade Pemuda MIC Cawangan Selaru.
Sumbangan juga turut disampaikan oleh MIC Bahagian Kuala Pilah.



Saturday, February 10, 2007

Pertandingan Tradisonal India


Sempena Hari Wanita Parlimen Kuala Pilah, diadakan juga Pertandingan Kebudayaan seperti menghias vilakku serta kreatif koolam bagi warga masyarakat kaum India Kuala Pilah. Tujuan pertandingan ini adalah untuk membentuk budaya cinta akan tradisi warisan serta memperkenalkan kebudayaan India kepada masyarakat Malaysia yang lain.
Pertandingan ini dirasmikan oleh YB Dato' Norhayati Binti Omar, ADUN Pilah, turut dimeriahkan oleh kehadiran orang.

Hari Wanita Parlimen Kuala Pilah









Sempena sambutan Hari Wanita, Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah berkerjasama dengan Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Kuala Pilah untuk menganjurkan seminar tentang : -
-Hak sebagai seorang wanita
-Hukum hukum kerajaan yang melindungi wanita

-Keganasan rumahtangga serta cara untuk menanganinya

Seminar ini dirasmikan oleh YB Dato' Norhayati Binti Omar, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan. Program ini dihadiri hampir 110 orang warga India dari kawasan Kuala Pilah,turut dimeriahkan oleh wakil dari Pejabat Polis Kuala Pilah, Yayasan Strategik Sosial serta wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Deepavali Dinner

Deepavali Dinner
Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah



Sempena Sambutan Deepavali , telah diadakan sebuat majlis makan malam bersama pemimpin masyarakat di Dewan Majlis Bandaran di Kuala Pilah. Pada majlis itu telah dihadiri oleh

YB Dato' Hj Ismail bin Lasim , Ketua Barisan Nasional K.Pilah
YB Dato' Norhayati Binti Omar , ADUN Pilah
YB Dato' Roslan bin Yusof , ADUN Johol
YB Tuan Radzi bin Kail , ADUN Juasseh

turut dimeriahkan oleh kehadiran 300 orang masyarakat ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.

Welcome


Selamat Datang

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah


Sejak ditubuhkan secara rasmi pada October 2006 , Persatuan ini telah pun menjadi salah satu icon penting bagi masyarakat India di Kuala Pilah.

Tujuan penubuhan Persatuan ini adalah untuk membantu penduduk kaum India kawasan Kuala Pilah bagi mengatasi masalah masalah yang dihadapi oleh warga masyarakat kaum India dalam kehidupan bermasyarakat dengan memupuk semangat setia kawan serta semangat kerjasama antara kaum, berlandaskan Rukun Negara.

Persatuan yang dianggotai oleh penduduk kaum India Kuala Pilah yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kepercayaan , menjadikan Persatuan ini teguh serta peka terhadap masalah masalah yang dihadapi oleh penduduk kaum India di kawasan Kuala Pilah, kini dengan ahli lebih kurang 550 orang dimana 450 orang adalah pengundi tetap di kawasan mereka di Kuala Pilah, Senaling, Selaru, Dangi dan Juasseh, Persatuan ini bertambah teguh dan berpadu di jiwa masyarakat kaum India Kuala Pilah.

Kami berharap dengan bantuan dan sokongan dari semua pihak agar ikatan silaturahmi bertambah teguh dan sekaligus menjadi jambatan penghubung antara masyarakat penduduk kaum India Kuala Pilah dengan kaun lain di Malaysia.

Kami akhiri dengan ucapan terima kasih .