Thursday, February 19, 2009

Sambutan Ponggal 2009

Putera MIC Negeri Sembilan
by Dr.S.Thinagaraj

Baru baru ini telah diadalah sebuah program sambutan Ponggal di Kg GATCO anjuran Putera MIC Negeri Sembilan bersama Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Kg GATCO .
Program yang diadakan pada 14 haribulan 2009 ini mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat sekitar dengan kehadiran hampir 50 orang peserta ponggal dan hampir 300 orang ramai bagi menyaksikan progam tersebut.

Berucap diprogram tersebut 'Dato'T.Rajagopalu berkata, program kemasyarakat seperti ini harus diteruskan bagi menjaga keunikan tradisi India di negara ini. Beliau juga terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warga ramai terhadap sambutan ini. Ucapan tahniah juga disampaikan kepada pimpinan Putera MIC Negeri sembilan Dr.S.Thinagaraj serta Ketua Putera MIC Jelebu En.Suresh serta kepada En.Papiah , Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Kg GATCO diatas keberhasilan menganjurkan program ini dalam waktu yang singkat.

Tambah beliau lagi, MIC Negeri Sembilan akan sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan kuil kuil di negeri sembilan, dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk itu termasuk membantu mendapatkan permit kepada para gurukal untuk tetap bekerja di kuil kuil tersebut, serta bantuan kepada pembinaan dan perbaikan kuil.

Dalam pada itu, En.Papiah, Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Kg GATCO mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.S.Thinagaraj Ketua Putera MIC Negeri Sembilan , serta En.Suresh, Ketua Putera Jelebu dan pasukan Putera MIC Negeri Sembilan yang berusaha keras bagi memastikan kejayaan proram ini. Putera MIC Negeri Sembilan menyumbangkan kira kira RM500 berupa beras , periuk ,Ghee , seta perkakas masakan lain sempena program tersebut. Beliau juga berkata sikap Putera MIC yang berani turun padang bagi melaksanakan program program kemasyarakatan sangat dialu alukan,kerana ini akan membeli pandangan positif terhadap masyarakat seraya harapan program rebranding Dato'Seri S.Samyvellu.

Program ini dimulai dengan acara ponggal bersama oleh para hadirin bersama VIP jemputan dari MIC dan Putera MIC ,dan diterukan dengan sembahyang dan makan bersama. Thanx

Pelajar Kurang Mampu Mendapat Bantuan

Pelajar Kurang Mampu Mendapat Bantuan

Seramai 30 pelajar kaum India kurang mampu Kawasan Parlimen Kaula Pilah baru baru ini menerima sumbangan peralatan sekolah berupa uniform sekolah, sepasang kasut serta alat tulis di Program Penyampaian Peralatan Sekolah Pelajar Kurang Mampu Kawasan Kuala Pilah anjuran Putera MIC Negeri Sembilan bersama Persatuan Sivik India Selaru, Kuala Pilah.

Ketua Putera MIC Negeri Sembilan, Dr.S.Thinagaraj dalam ucapan beliau berkata program ini sebagai insentif dan galakan kepada pelajar pelajar kaum India untuk terus belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka dan tidak mengambil jalan mudah untuk berhenti dari bersekolah kerana kekurangan peralatan sekolah. Beliau juga berkata Putera MIC dengan kerjasama MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Dato’T.Rajagopalu akan sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan generasi muda

Tambah beliau lagi, Putera MIC sedia bekerjasama dengan NGO NGO setempat bagi membantu mengenal pasti serta mengatasi permasalahan masyarakat umum, dan juga sedia menjalin tali persaudaraan dengan para pemimpin masyarakat demi membentuk suatu hubungan yang berterusan demi kepentingan masyarakat.

Dalam ucapan Ketua MIC Bahagian Kuala Pilah En,B.Ramasamy pula mengatakan usaha Putera MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Dr.S.Thinagaraj yang berani turun padang serta sentiasa peka terhadap permasalahan masyarakat harus dipuji memandangkan program yang diadakan di Balairaya Pekan Selaru mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran hampir 300 orang masyarakat India dari kawasan kawasan sekitar.

Tambah beliau lagi, walaupun Putera MIC baru ditubuhkan di Negeri Sembilan, penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan memberi kesan yang sangat positif terbukti dengan keahlian melebihi 100 orang dikawasan Kuala Pilah sahaja. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Persatuan Sivik India Selaru, En.M.Ganeson serta Putera MIC Negeri Sembilan diatas usaha mereka menganjurkan program ini.

Turut hadir diprogram ini adalah, Pn.Mangalam, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Kuala Pilah yang turut menyumbangkan sumbangan berupa hamper kepada keluarga keluarga kurang mampu di kawasan Selaru, Kuala Pilah.