Sunday, February 18, 2007

Karnival Ponggal Dangi



Sebuah Karnival Ponggal telah diadakan di Pekan Dangi ; Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah turut mengambil bahagian dalam Karnival Ponggal tersebut dengan menyumbangkan beberapa hamper untuk masyarakat miskin dalam majlis anjuran Persatuan Bell Belia Tamil Dangi.

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India juga turut menjadi AJK penyelenggara Karnival Ponggal ini yang dirasmikan oleh YB Dato Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kawasan Kuala Pilah. Beliau juga melawat beberapa keluarga miskin di Pekan Dangi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga tersebut.

Karnival ini turut dihadiri oleh YB En.Murali, Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan serta AJK beliau.

Beberapa pertandingan tradisional diadakan sempena sambutan Hari Ponggal ini, termasuk menganyam daun kelapa serta memecah belangga berhadiah.

Karnival Ponggal ini secara rasmi di tutup oleh YB Dato' Roslan Bin Yusof, ADUN Johol , serta diadakan majlis makan bersama warga penduduk Pekan Dangi.





1 comments:

PR Juasseh/Jemapoh said...

Mungkin sudah masanya masyarakat India Kuala Pilah perlu beralih arah ke Pakatan Rakyat seperti negeri yg lain.

Umno dan BN Kuala Pilah khususnya terlalu ramai ahli politik BN hanya memperkayakan diri sendiri tanpa meneliti, menilai secara jujur akan nilai2 kehendak rakyat semasa.

Ucapan penuh retorik dan perkauman. Pastikan anak2 kita jangan terperangkap di bumi sendiri hanya terpesona agihan yg tak seberapa.

Ubah sebelum parah.