Thursday, February 19, 2009

Pelajar Kurang Mampu Mendapat Bantuan

Pelajar Kurang Mampu Mendapat Bantuan

Seramai 30 pelajar kaum India kurang mampu Kawasan Parlimen Kaula Pilah baru baru ini menerima sumbangan peralatan sekolah berupa uniform sekolah, sepasang kasut serta alat tulis di Program Penyampaian Peralatan Sekolah Pelajar Kurang Mampu Kawasan Kuala Pilah anjuran Putera MIC Negeri Sembilan bersama Persatuan Sivik India Selaru, Kuala Pilah.

Ketua Putera MIC Negeri Sembilan, Dr.S.Thinagaraj dalam ucapan beliau berkata program ini sebagai insentif dan galakan kepada pelajar pelajar kaum India untuk terus belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka dan tidak mengambil jalan mudah untuk berhenti dari bersekolah kerana kekurangan peralatan sekolah. Beliau juga berkata Putera MIC dengan kerjasama MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Dato’T.Rajagopalu akan sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan generasi muda

Tambah beliau lagi, Putera MIC sedia bekerjasama dengan NGO NGO setempat bagi membantu mengenal pasti serta mengatasi permasalahan masyarakat umum, dan juga sedia menjalin tali persaudaraan dengan para pemimpin masyarakat demi membentuk suatu hubungan yang berterusan demi kepentingan masyarakat.

Dalam ucapan Ketua MIC Bahagian Kuala Pilah En,B.Ramasamy pula mengatakan usaha Putera MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Dr.S.Thinagaraj yang berani turun padang serta sentiasa peka terhadap permasalahan masyarakat harus dipuji memandangkan program yang diadakan di Balairaya Pekan Selaru mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran hampir 300 orang masyarakat India dari kawasan kawasan sekitar.

Tambah beliau lagi, walaupun Putera MIC baru ditubuhkan di Negeri Sembilan, penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan memberi kesan yang sangat positif terbukti dengan keahlian melebihi 100 orang dikawasan Kuala Pilah sahaja. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Persatuan Sivik India Selaru, En.M.Ganeson serta Putera MIC Negeri Sembilan diatas usaha mereka menganjurkan program ini.

Turut hadir diprogram ini adalah, Pn.Mangalam, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Kuala Pilah yang turut menyumbangkan sumbangan berupa hamper kepada keluarga keluarga kurang mampu di kawasan Selaru, Kuala Pilah.

1 comments:

Evie Devito said...

i never knew that ur a kind guy...