Sunday, April 20, 2008

Pelancaran Putera MIC Kuala Pilah

Dr.S.Thinagaraj selaku setiausaha Briged MIC Kuala Pilah , menyampaikan ucapan khas sempena majlis sempena Majlis Pelancaran Puter MIC Kuala Pilah . Beliau dalam majlis tersebut menyeru semua pihak agar bersatu dalam membentuk semula MIC serta menyatakan sokongan penuh barisan Briged MIC Kuala Pilah kepada pimpinan Dato' T.Rajagopalu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan, serta berjanji untuk bekerjasama dengan Putera MIC serta MIC Bahagian bagi membantu masyarakat India di Kuala Pilah.

Malam Kemenangan


Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hj Ismail Bin Lasim
Dr.S.Thinagaraj bersama ahli ahli Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah menyambut kemenangan wakil wakil Barisan Nasional di Dewan Dato' Bahaman Kuala Pilah.

Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan

Konsert Gemilang II


KONSERt GEMILANG II

Dr.S.Thinagaraj Menyampaikan Sokongan Kepada Kerajaan Barisan Nasional

Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India Kuala Pilah melalui Dr.S.Thinagaraj , bersama Briged MIC Kuala Pilah serta Putera MIC Kuala Pilah mengadakan Konsert Gemilang II bagi tujuan memperkenalkan calon calon wakil Barisan Nasional kepada masyarakat India Kuala Pilah, dimana Konsert ini telah mendapat sokongan hangat dengan kehadiran hampir 800 orang warga masyarakat India,

Konsert di dimeriahkan oleh The Emergency

Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan pimpinan masyarakat Kuala Pilah ,yaitu ; Dato ' Hj Hasan Bin Malek , Ahli Parlimen Kuala Pilah , Dato' Hj Ismail Bin Lasim , ADUN Senaling , YB Tuan Razi Bin Kail , ADUN Juasseh serta YB Tuan Adnan Abu Hassan , ADUN Pilah.

Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hj Ismail Bin Lasim

Dr.S.Thinagaraj Bersama Dato' Hasan Bin Malek


Dr.S.Thinagaraj Bersama YB Tuan Adnan Abu Hassan

Ceramah Pilihan Raya

Ceramah Di Kuala Pilah , Bersama YB Tuan Hj Adnan Abu Hassan

Sempena Pilihanraya 2008 , Dr.S.Thinagaraj telah dipilih untuk menjadi penceramah bagi Kaum India Parlimen Kuala Pilah . Selama 2 minggu, beliau telah menyampaikan ceramah pilihanraya di 3 DUN yaitu di DUN Kuala Pilah bersama YB Hj Tuan Adnan Abu Hassan, di DUN Senaling bersama YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim serta di DUN Johol bersama
YB Dato' Roslan Bin Yusof . Kira kira 500 orang telah menyertai ceramah beliau selama 2 minggu menjelang pilihanraya 2008 di kawasan Parliman Kuala Pilah.

Ceramah Di Pekan Selaru , Johol Bersama YB Dato' Roslan Bin Yusof

Ceramah Di Bukit Temensu Bersama YB Dato' Hj Ismail Bin Lasim

Dr.S.Thinagaraj Memeriksa Kawasan Di Bukit Temensu
bersama YB Dato' Hj Ismail Lasim

Hari Pencalonan

Sempena Pilihan Raya 2008, Dr.S.Thinagaraj , yang juga merupakan setiausaha Pergerakan Briged MIC Kuala Pilah telah memimpin barisan muda MIC , bagi menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional dengan menyertai perarakan sempena pencalonan wakil rakyat di Pejabat Daerah Kuala Pilah. Perarakan ini disertai hampir 50 orang pemuda India dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Pilah.