Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya Bersama Menteri Besar

Dr.Raj berserta AJK Persatuan Kebajikan Dan Kemajuan Kaum India
bersama Menteri Besar Negeri Sembilan
pada Rumah Terbuka Menteri Besar Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Dr.Raj mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Teruskan Semangat Perpaduan

Tuesday, September 9, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 51

SALAM KEMERDEKAAN
from Dr.S.Thinagaraj

Tuesday, August 26, 2008

Putera MIC Negeri Sembilan

Setelah beberapa bulan menghilang, kembali lagi saya ke alam blog, kini saya telah ditugaskan ke Seremban dan peluang untuk saya bertemu dan menghabiskan waktu dengan warga masyarakat Kuala Pilah menjadi makin jarang, tetapi ini adalah jalan yang saya pilih sebagai President persatuan ini.

Kini, lebih banyak waktu saya habiskan mencari calon calon pemimpin muda melalui Putera MIC, dan sehingga kini sudah 5 cawangan Putera MIC telah berhasih ditubuhkan dalam jangka waktu 2 bulan , dan kini kami menuju untuk pelancaran Putera MIC peringkat Negeri Sembilan.

Seiring dengan jalannya Putera MIC, telah menjadi petunjuk yang sangat ideal untuk bagi saya untuk membawa Persatuan ini menuju alaf yang lebih maju , dengan membawa kembali pengalaman pengalaman bersama Putera MIC ke peringkat NGO dan masyarakat umum.

Walaupun belum ada program besar yang kami laksanakan, namun usaha kami dalam membantu penduduk India dalam mendapatkan bantuan SOCSO dan bantuan kebajikan terus berlanjut , dimana baru baru ini dua orang penduduk India telah kami dapatkan bantuan kebajikan melalui MAYANG dibawah pimpinan Dato Hj Hasan Bin Malek , Ahli parlimen Kuala Pilah.

Tuesday, June 24, 2008

Pelancaran Putera MIC Seremban

Pada 20 hb Julai, Putera MIC Bahagian Seremban selah dilancarkan secara rasmi , dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pimpinan parti MIC , di rasmikan oleh Dato'T.Rajagopalu ,Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan ;

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah En.Kamalanathan, Pengerusi Putera MIC Malaysia, En Ganesan JP, Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Seremban, En.Thiranauvukkarasu ,Timbalan Ketua Pemuda Negeri Sembilan serta Ketua Ketua Putera MIC dari bahagian bahagian lain.